Ni aku nak citer sikit...sebahagian dari hidup aku ni dipenuhi dgn aktiviti bola. Dari aku sekolah sampai skrg ni buat kata bini aku pun..BOLA..BOLA..BOLA..sampaikan ketika aku nak bernikah dgn dia dulu pun aku sempat main tournament dgn kelab aku pastu tengaharinya aku lari jap pegi masjid untuk menikah. Abis aje doa lepas menikah aku cabut balik ke padang bola...sempat jugak cakap kat bini aku..."malam nanti abang datang umah ye...bye cayang." Dia ngeleng kepala aje takleh nak marah pasal kitorang dah buat agreement yg mana aku sanggup tinggalkan aktiviti2 bujang aku yg lain tapi dia tak boleh stop aku bila tiba hal BOLA he he.
Sejarah hidup bola aku; lepas wakil sekolah aku berjaya menyelitkan diri bermain utk Wilayah Persekutuan ketika itu tp tak la ke peringkat Liga M. Disebabkan politik dah bercampur dgn sukan bola, aku pun 'merajuk' dan berhenti bermain utk state dan dapat kerja dgn sebuah syarikat dari Denmark di Petaling Jaya. Komuniti Denmark di Malaysia ni memang aktif dgn sukan lebih2 lagi bolasepak ni jadi dorang pelawa aku dan beberapa orang tempatan join team dorang. Dorang gelar team dorang tu KL Vikings (KLV), antara Expat team yg konsisten di KL sekarang ni. Jadual setiap tahun KLV ni; dari bulan Oktober hingga Jun tahun berikutnya kitorang akan bertanding dalam satu Liga Sosial di KL ni yg dipanggil Social Soccer League KL. In between, pada Easter Day setiap tahun KLV akan melancong ke salah sebuah destinasi di rantau Asia ni untuk bertemu, berkumpul dan bertanding dgn team2 Vikings yg lain yg mewakili negara2 Asia untuk merebut gelaran The Best Viking Team in Asian Region. Korang nak tau...selepas bertanding semenjak 1993 hingga 2008, KLV telah memegang gelaran sebanyak 9 kali...hebat tu! Dan pada Easter tahun ni, KLV akan ke Beijing utk mencari gelaran yg ke 10.
Itu la serba sedikit tentang KL Vikings.
No comments:
Post a Comment