Wednesday, January 21, 2009

Hobi Ayang aku

anak pompuan aku pun sama mcm mak dia gak...

Ayang bergambo dgn Nadia AF6

Sape cantik....Saida ke ayang aku
...ok la tuh...

Korang tahu tak, ayang aku ni ada satu hobi yg tak boleh miss...setiap malam minggu dia mesti nak pegi ke Laman Santai kat perkarangan Istana Budaya tu, nak menghibur hati katanya. Ye la aku kena la paham kan walaupun adakalanya aku terpaksa miss MU punya game...sayang punya pasal!
Nasib aku turut dikongsi oleh Wak Azmi dan Ariff yg mana isteri2 mereka pun berkongsi hobi dgn ayang aku he he....


Sunday, January 4, 2009

GBS (Geng Boss Short)

Faizal, Ariff dan anak, Haikal, Wak Azmi dan aku kat Langkawi. Masa ni Din tak dapat join..

Dah la kawan baik...kereta pun sama!

Ni la kaum keluarga GBS sewaktu bercuti di Cameron Highland

Ni la GBS - Din, aku, yg belum tumbuh rambut tu Wak Azmi, Ariff dan Faizal. Tengok tu aksi ambik gambar pun macam Geng Bas Sekolah


Ari ni aku nak citer pasal kawan-kawan rapat aku. Aku ada 4 org kawan yg terrapat dalam hidup aku...Ariff, Faizal, Wak Azmi dan Zainudin....bagi aku dorang ni lagi rapat dari adik-beradik aku sendiri. Actually, dorang ni ofismate aku yg dah lama aku kenal dan semua dah berkeluarga, cuma ada sorang aje, si Faizal yg dah kembali single he he. Kalu ada aweks yg berminat sila dapatkan borang permohonan dari aku ye...

Kitorang berlima ni berkongsi satu hobi yg sama.....kitorang suka outing dgn famili, tak kira la samada bercuti ke luar bandar ke, berpiknik ke, berkaraoke ke dan macam2 lagi bersama. Yang paling kerap kitorang buat hampir hari-hari ialah menge'teh'.

Yg kelakau tu anak2 kitorang gelarkan group kitorang ni GBS...bukan Geng Bas Sekolah tau tapi Geng Boss Short pasal group leader kitorang, si Ariff tu kurang ketinggian he he jgn marah ye boss! 

Bagi aku, hobi kitorang ni cukup 'sihat' pasal ape selain dari mengeratkan tali sillaturrahim, kitorang dapat selalu meluangkan masa, merapatkan diri memenuhi masa anak2 dgn aktiviti yg berfaedah selain dari anak2 dapat berkawan sesama sendiri....macam bapak2 dorang jugak!

Banyak citer pasal dorang ni al-maklum la pagi petang siang malam asyik la jumpa muka dorang aje yg aku nak share di lain posting...ok babai for now...aku nak layan FA Cup team aku, MU vs Southampton ni!

Friday, January 2, 2009

Kaki bola



Ni aku nak citer sikit...sebahagian dari hidup aku ni dipenuhi dgn aktiviti bola. Dari aku sekolah sampai skrg ni buat kata bini aku pun..BOLA..BOLA..BOLA..sampaikan ketika aku nak bernikah dgn dia dulu pun aku sempat main tournament dgn kelab aku pastu tengaharinya aku lari jap pegi masjid untuk menikah. Abis aje doa lepas menikah aku cabut balik ke padang bola...sempat jugak cakap kat bini aku..."malam nanti abang datang umah ye...bye cayang." Dia ngeleng kepala aje takleh nak marah pasal kitorang dah buat agreement yg mana aku sanggup tinggalkan aktiviti2 bujang aku yg lain tapi dia tak boleh stop aku bila tiba hal BOLA he he.

Sejarah hidup bola aku; lepas wakil sekolah aku berjaya menyelitkan diri bermain utk Wilayah Persekutuan ketika itu tp tak la ke peringkat Liga M. Disebabkan politik dah bercampur dgn sukan bola, aku pun 'merajuk' dan berhenti bermain utk state dan dapat kerja dgn sebuah syarikat dari Denmark di Petaling Jaya. Komuniti Denmark di Malaysia ni memang aktif dgn sukan lebih2 lagi bolasepak ni jadi dorang pelawa aku dan beberapa orang tempatan join team dorang. Dorang gelar team dorang tu KL Vikings (KLV), antara Expat team yg konsisten di KL sekarang ni. Jadual setiap tahun KLV ni; dari bulan Oktober hingga Jun tahun berikutnya kitorang akan bertanding dalam satu Liga Sosial di KL ni yg dipanggil Social Soccer League KL. In between, pada Easter Day setiap tahun KLV akan melancong ke salah sebuah destinasi di rantau Asia ni untuk bertemu, berkumpul dan bertanding dgn team2 Vikings yg lain yg mewakili negara2 Asia untuk merebut gelaran The Best Viking Team in Asian Region. Korang nak tau...selepas bertanding semenjak 1993 hingga 2008, KLV telah memegang gelaran sebanyak 9 kali...hebat tu! Dan pada Easter tahun ni, KLV akan ke Beijing utk mencari gelaran yg ke 10.

Itu la serba sedikit tentang KL Vikings.    

Penyeri hidup aku


Hensem tak......nak masuk 3 tahun
Kelakau tak.....
Garang tak......masa umur 2 tahun

Macho tak......masa umur beberapa bulan
ini la si Azim yg hobinya suka berposing.......
Ni gambar aku dgn penyeri hidup aku di Cameron Highland bulan Julai tahun lepas. Tapi yg betul2  merubah hidup aku ialah si bongsu tu, Azim yg memang tengah lasak giler tu. Dia baru menyambut harijadinya yg ke-3 tahun pd 19 Disember lalu. Disebabkan jarak umurnya yg agak jauh dari abg akak maka dia memang jadi tumpuan!

 




Thursday, January 1, 2009

Siapa aku


Assalamualaikum, aku ni sebenarnya baru nak cuba memblog, so biar la aku start dgn;

Abah dan Mak bagi aku nama A.Rahim Razali, katanya sempena nama pengulas sukan favourite abah dulu iaitu Rahim Razali yg sekarang dah Datuk tu la. Umurku taklah tua sangat dan tak jugak muda lagi.....dah 38 beb! Aku dah kahwin dan dah ada 2 hero dan satu heroin. Yg sulung Amir Hakim umur 14 tahun, yg tengah Fatin Amira umur 10 tahun dan yg bongsu plak Amirun Azim baru 3 tahun. Isteri tersayang namanya Mariah Thambi tapi aku panggil dia Maya aje...manje sikit bunyinya.

Itu la mukadimah blog aku ni...banyak lagi nak cerita ni!